Mulut berbau tu kira ok lagi. Tapi, satu ni hah yang paling musibah. Mulut puaka. Mulut longkang. Mulut tak ada insurans. Mulut laser. Mulut tempayan.
Allah bagi kita mulut sorang satu, bukan kerjanya nak robekkan hati orang je 24 jam. Non stop. Nak tegur pun, tegurlah elok-elok. Jangan sampai mengaibkan. Kita patut bersyukur Allah tutup aib kita. Kalau tak, nak keluar rumah pun fikir seratus kali. Takut orang lain terhidu dosa yang melekat pada setiap inci tubuh badan kita. Entah-entah ... kita lagi teruk daripada si polan/ah yang kita burukkan tadi. Mungkin Allah boleh maafkan dosa si polan/ah tadi sebab kejahilan dia. Tapi dosa kita macamana? Dosa sombong, riak, takbur, bongkak tu? Fikirlah sendiri. Fikir baik-baik.
Tak perlulah kot nak berlagak gaya macam tentu tentu ahli Syurga.
"Ko tau dulu dia tu kaki lepak club, kuat mabuk. Dapat hidayah kejap je tu. Nanti berubah balik perangai lama."
"Ko tau, anak si Timah tu dah nak kahwin. Tak ada angin takda ribut, haa gitu minggu depan kawin. Entah bila bertunang entah."
"Anak orang kaya tapi majlis takda sanding. Ni mesti kes tak cukup duit haa tak pun aku rasa mesti anak dia terlanjur. Engko tengok jelah anak dia tu kan sosial."
"Baru je kawin tak habis-habis lah ko nak upload gambar laki ko macam ko sorang je ada laki. Alah awal-awal je macam ni."
"Pfft laki bini asik berkepit je. Makan suap-suap hingat ko sweet sangat ke?"
"Cepatnya anak dia lahir rasa macam tak cukup bulan. Entah entah anak luar nikah opss."
I believe that each human has their good and bad sides. Ada sisi hitam dan putih. Mungkin pada waktu tu, kita nampak dia as manusia yang baik, yang superb soleh/ah sebab Allah tutup aib dia. Mungkin pada waktu tu, kita lebel dia as manusia cilaka sebab Allah nak bagi kita pengajaran melalui kisah dia.
Sejahat-jahat mana pun manusia tu, mesti ada baiknya. Sebab fitrah manusia tu sendiri mahu beriman kepada Allah. Sejak di alam roh lagi,kita dah mengaku bahawa Allah, Tuhan kita. Allah yang mencipta kita.
Cukup cukuplah dengan segala dengki. Sampai mati pun orang takkan berhenti mengata, mempersenda, menganiaya dan mengherdik. Jenis-jenis spesis manusia judgmental yang fikir mereka tersangat sempurna, lagak ahli syurga ada di sekitar kita. Atau mungkin kita sendiri tergolong dalam spesis tu.
Satu tunjuk orang, empat tunjuk diri? Kan?
Pandang pada diri. Sebelum hala jari tu pada orang untuk dipersalahkan, make sure your finger is clean.
No comments:
Post a Comment