#OOTD

Peplum.

Sungguh, ni bukan satu diskriminasi terhadap pemakai peplum.
Bukan juga aku berniat untuk memperkecilkan mana-mana pemakai peplum. Sungguh.
Cuma...
aku rasa 'mana pergi si pemakai baju kurung? kuantiti perempuan ayu berbaju kurung makin berkurang.'

Ever since peplum is massively spread among Malaysians (especially orang Melayu) it feels like baju kurung bukan lagi satu trend dan mungkin juga pada sesetengah manusia, mereka fikir, "baju kurung on Raya day? That is so last year" 

I mean like, cant you see? 
Baju kurung is the most proper garment for ladies which aku rasa bagi benefit kat orang untuk tutup aurat. Cause, baju kurung dulu tak transparent, loose dan nampak sangat sopan. Plus, baju kurung makes you look so Wanita Melayu Terakhir. Which I think gelaran tu sangat special dan manis sebutannya.

Sebelum kedatangan peplum, kurung moden berada di tangga teratas dalam carta. And since then, baju kurung Kedah, Pahang and even Kebarung/Kebaya dah macam out dated sangat. Most of baju kurung moden ketat pada pinggang dan kain yang dipakai jarang.

Kemudian datanglah viral baru, peplum dress. Hangat dipasaran sekarang. Pergilah to any store or kedai baju, you'll find all sorts of peplum dress. Most of these peplums fit pada badan, fit pada dada sebab biasanya material yang digunakan untuk buat peplum is lycra. (pergi google) Personally aku rasa people yang pakai peplum ketat-ketat nampak agak tak berapa nak proper. No offence.

 Ingat.

Cover, not wrap.

Pakai tudung dah bagus, but baju ketat ditambah dengan kaki terdedah.

Is that you called ... covering your aurah?
Kalau macamtu, sama je tak tutup aurat.

Jangan sampai yang Non-Muslims mengingatkan diri tentang kewujudan dan keesaan Tuhan.

Lihatlah sendiri.
Dengarlah sendiri.
Fikirlah sendiri.

Ouch. That hurt.

Ke mana hilangnya iman?
Ke mana perginya taqwa?
Ke mana letaknya akidah?

Kita ada Tuhan untuk kita patuh. Untuk kita sembah. Untuk kita taat. Yes, itu tanggungjawab kita yang beragama Islam. Kita kalau tak rapat Allah, jangan haraplah Dia nak dengan diri kita ni.

Fabiayyi ala irobbikuma tukazziban ...
(Then which of the favours of your Lord would you deny?)

It was repeated for 31 times in Surah Ar-Rahman, showing us how He loves his servants although they didn't try to love Him back. Letting us to know about His power and His gifts for us by serving beautiful natures, the various types of animals and microorganisms.

Death is calling.

It won't stop calling.

Hear that? It's not our time yet but the time will come.

Be ready. For anything if you think it's nothing.

Rasulullah SAW bersabda, "Sesungguhnya Allah menerima taubat seseorang hamba, selama nyawanya belum sampai di kerongkongan." (HR. At-Tirmidzi dan ia menghasankannya)

Plus, can refer evidence in Quran.
(At-Thaaha: 82)

It's up to people on what to wear and what's not. People have their freedom of choice. They can choose which one is better and which not. People have brains and they can think properly.

Just, dont forget to cover our aurat modestly (definitely a note to self too) pakailah apa pun, asalkan menutup aurat. Nothing to lose pun if we cover our aurat. Allah juga makin sayang. Jangan pakai ketat-ketat, ketat jalan nak ke syurga nanti. Remember, kita disuruh menutup aurat dan bukan membalutinya.

Mulut puaka.

Semua ada mulut. Mulut tu, cuba jaga sikit. Biar molek-molek, jangan ada kesan cirit. Okay, aku bukannya nak bagi ceramah tentang cara penjagaan mulut. Bukan. Takat gosok gigi, kumur-kumur or whatever. Tu semua orang dah tau.
 
Mulut berbau tu kira ok lagi. Tapi, satu ni hah yang paling musibah. Mulut puaka. Mulut longkang. Mulut tak ada insurans. Mulut laser. Mulut tempayan.

Allah bagi kita mulut sorang satu, bukan kerjanya nak robekkan hati orang je 24 jam. Non stop. Nak tegur pun, tegurlah elok-elok. Jangan sampai mengaibkan. Kita patut bersyukur Allah tutup aib kita. Kalau tak, nak keluar rumah pun fikir seratus kali. Takut orang lain terhidu dosa yang melekat pada setiap inci tubuh badan kita. Entah-entah ... kita lagi teruk daripada si polan/ah yang kita burukkan tadi. Mungkin Allah boleh maafkan dosa si polan/ah tadi sebab kejahilan dia. Tapi dosa kita macamana? Dosa sombong, riak, takbur, bongkak tu? Fikirlah sendiri. Fikir baik-baik.


Tak perlulah kot nak berlagak gaya macam tentu tentu ahli Syurga.


"Ko tau dulu dia tu kaki lepak club, kuat mabuk. Dapat hidayah kejap je tu. Nanti berubah balik perangai lama."


"Ko tau, anak si Timah tu dah nak kahwin. Tak ada angin takda ribut, haa gitu minggu depan kawin. Entah bila bertunang entah." 

"Anak orang kaya tapi majlis takda sanding. Ni mesti kes tak cukup duit haa tak pun aku rasa mesti anak dia terlanjur. Engko tengok jelah anak dia tu kan sosial."



"Baru je kawin tak habis-habis lah ko nak upload gambar laki ko macam ko sorang je ada laki. Alah awal-awal je macam ni."



"Pfft laki bini asik berkepit je. Makan suap-suap hingat ko sweet sangat ke?"



"Cepatnya anak dia lahir rasa macam tak cukup bulan. Entah entah anak luar nikah opss."



I believe that each human has their good and bad sides. Ada sisi hitam dan putih. Mungkin pada waktu tu, kita nampak dia as manusia yang baik, yang superb soleh/ah sebab Allah tutup aib dia. Mungkin pada waktu tu, kita lebel dia as manusia cilaka sebab Allah nak bagi kita pengajaran melalui kisah dia. 

Sejahat-jahat mana pun manusia tu, mesti ada baiknya. Sebab fitrah manusia tu sendiri mahu beriman kepada Allah. Sejak di alam roh lagi,kita dah mengaku bahawa Allah, Tuhan kita. Allah yang mencipta kita.

Cukup cukuplah dengan segala dengki. Sampai mati pun orang takkan berhenti mengata, mempersenda, menganiaya dan mengherdik. Jenis-jenis spesis manusia judgmental yang fikir mereka tersangat sempurna, lagak ahli syurga ada di sekitar kita. Atau mungkin kita sendiri tergolong dalam spesis tu.

Satu tunjuk orang, empat tunjuk diri? Kan?

Pandang pada diri. Sebelum hala jari tu pada orang untuk dipersalahkan, make sure your finger is clean.

Simply inspiring.

"Just be yourself. Peduli apa orang kata. Memang orang boleh cakap macam macam kat kau. Tapi di sepanjang perjalanan untuk jadi diri kau yang sekarang, kau je yang rasa sakit perit nangis tu. Tak semua yang bercakap itu ini ada dengan kau selalu pun. So, let them be. Kite jadi kite. Hidup gembira bersama orang yang hargai kita. Be positive people!!  :)"